Selamat Datang ke blog Surau Darun Najihin,Taman Sri Andalas

Thursday, December 15, 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 6

 

Semua Ahli  Khariah Surau Darun Najihin, Taman Andalas Permai Dijemput menghadiri Mesyuarat agung yang akan diadakan seperti berikut :-

TARIKH  : 15 DEC 2011
MASA  : 9.00 MALAM (KHAMIS MALAM JUMAAT)
TEMPAT  : SURAU DARUN NAJIHIN

AGENDA MESYUARAT ;

  • Ucapan Pengerusi Surau
  • Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung ke 5
  • Laporan setiausaha
  • Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
  • Perbincangan usul
  • Hal-hal lain
Diharapkan agar semua ahli khariah dapat meluangkan masa dan sama-sama hadir bagi melancarkan lagi mesyuarat ini.


Wednesday, October 26, 2011

PROJEK PEMBINAAN MENARA AZAN TELAH BERMULA


Projek Pembinaan Menara Azan Surau Darun Najihin Tmn Sri Andalas telah pun dimulakan pembinaannya pada 10 october 2011 dan dijangka siap pada 10 Disember 2011. Menara Azan setinggi 40 kaki ini dibina dengan kos sumbangan dari seluruh Ahli Khariah dan penderma-penderma yang budiman. Anggaran Kos ialah sebanyak RM 40,000. Sumbangan terkumpul setakat ini ialah sebanyak RM 30,000 lebih sahaja.. Oleh yang demikian , pihak surau mengalu-alukan sumbangan atau infaq dari semua pembaca atau orang ramai untuk mencukupkan dana pembinaan menara azan ini.

Gambar-gambar pembinaan setakat 26 Oktober 2011 seperti dibawah:-





Infaq anda bolehlah disumbangkan melalui Pengerusi atau AJK Surau Darun Najihin Tmn Sri Andalas.
Anda juga boleh terus memasukkan sumbangan anda kedalam akaun Bank Islam Surau Darun Najihin.
 Akaun Surau Darun Najihin : 12010010063215


Sebarang Pertanyaan sila hubungi :
Pengerusi Surau : Hj Aziz B. Mohamad - 019-2786 505
atau
Setiausaha Surau : En. Ridhwan B. Ibrahim - 017-3479 725


"SESIAPA MEMBINA SEBUAH MASJID KERANA ALLAH, SAMAADA KECIL ATAU BESAR, PASTILAH ALLAH AKAN MEMBINAKAN UNTUKNYA SEBUAH RUMAH (ISTANA) DALAM SYURGA. " - Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Monday, October 24, 2011

PROGRAM IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1432H

Semua Ahli Khariah atau orang ramai dialu-alukan menyertai Program Ibadah Korban dan Aqiqah pada tahun ini bertempat di Surau Darun Najihin, Tmn Sri Andalas, Klang. Kos 1 bhg lembu ialah RM 380.00.
Sila rujuk borang dibawah untuk maklumat lanjut.

Monday, September 26, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL FITRI DAN MERAIKAN BAKAL HAJI TAHUN 2011

Dengan sukacitanya seluruh AhliJawatankuasa Surau Darun Najihin Tmn Sri Andalas ,Klang menjemput semua ahli khariah Surau Darun Najihin bersama-sama memeriahkan sambutan hari raya dan meraikan bakal haji pada tahun ini yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 27 September 2011  (Selasa Malam Rabu).
Masa : Selepas Solat Isyak.
Tempat : Surau Darun Najihin.

Acara akan bermula dengan solat maghrib berjemaah dan Tazkirah yang akan disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Dr. Hj. Mohd Ali Saripan Al-Hafiz.

Selepas Solat Isyak berjemaah akan disusuli dengan majlis doa selamat dan kesyukuran. serta seterusnya jamuan makan dan ramah mesra antara ahli khariah.
 
Semua muslimin dan muslimat ahli khariah Surau Darun Najihin adalah dijemput hadir beramai-ramai.