Selamat Datang ke blog Surau Darun Najihin,Taman Sri Andalas

Sunday, February 20, 2011

SKIM WAKAF PEMBINAAN MENARA AZAN

Salah satu contoh menara azan yang terdapat di Malaysia
Mesyuarat AJK Surau Darun Najihin pada 2 Februari 2011 telah meluluskan pembinaan menara azan untuk surau setinggi 32 kaki dengan pembiayaan kaedah wakaf yang ditawarkan kepada ahli khariah Surau Darun Najihin.


Tabung wakaf yang terkumpul sehingga 3 februari ialah sebanyak RM 10,000.00.


Terbaru sehingga 6/4/2011, Jumlah Tabung wakaf terkumpul ialah sebanyak RM 20,300.00.


Pihak Surau menawarkan kepada semua ahli khariah mahupun masyarakat amnya untuk menyertai baki wakaf ini. Wakaf bagi 1 kaki tinggi ialah RM 500.00


Reka bentuk Menara Azan ini belum lagi di tentukan ,oleh itu jika sesiapa yang berminat untuk menyumbang kepakaran rekabentuk dan spesifikasi menara ini bolehlah berhubung dengan mana-mana AJK Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Antara contoh-contoh menara azan :-


SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Sambutan Maulidur Rasul di Surau Darun Najihin pada 18 Februari 2011 iaitu  pada hari Jumaat selepas solat Maghrib telah berlangsung dengan jayanya. Program ceramah agama telah berjalan dengan lancar oleh penceramah  jemputan iaitu Ustaz Mohd Norhisham Bin Hj Ahmad dari SAMT Sultan Hishamuddin merangkap Imam Masjid Sg Udang,Klang.

Gambar-gambar sekitar majlis ceramah berlangsung.



Friday, February 11, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Surau Darun Najihin akan menganjurkan Majlis diatas seperti berikut :-

Tarikh  : 18 Februari 2011.
Hari     : Jumaat
Masa   : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Mohd Norhisham Bin Hj Ahmad.
                     SAMT Sultan Hishamuddin.
                     (Imam Masjid Sg Udang,Klang).

Jamuan Makan akan disediakan oleh pihak Surau.
Semua ahli Khariah dijemput sama-sama hadir dalam majlis ini.
Pihak surau juga mengalu-alukan sumbangan juadah atau wang dari tuan/puan bagi membiayai majlis ini.
Segala sumbangan Tuan puan mudah mudahan deberkati dan mendapat rahmat Allah s.w.t.