Selamat Datang ke blog Surau Darun Najihin,Taman Sri Andalas

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

Seluruh jawatankuasa Surau Darun Najihin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung dan ahli kariah surau.Sama-samalah kita menunaikan puasa dibulan Ramadhan ini dengan ketaqwaan kepadanya. Pihak jawatankuasa surau telah merangka pelbagai program dan aktiviti sepanjang bulan yang mulia ini. Semua ahli khariah digalakkan hadir dan menyertai program yang dirancang ini.

Program yang akan diadakan :


1) Solat terawih sebanyak 20 rakaat dan witir akan diadakan pada setiap malam .
2) Program tadarus Al-quran akan diadakan selepas solat sunat witir.
3) Tahlil akan diadakan selepas solat Isyak pada setiap malam.
4) Tazkirah Ramadhan akan diadakan seperti dalam jadual (rujuk jadual pengajian)
5) Majlis Qiamullail seperti pada hari yang ditetapkan.
6) More akan diadakan pada setiap malam oleh ahli kariah surau.
7) Majlis Khatam Al-Quran

Marilah kita ahli khariah meramaikan program yang dirancang ini dan seterusnya akan mengimarahkan surau kita ini dengan program-program yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan 1432H..Insyaallah...

Sunday, July 10, 2011

MAJLIS TAHLIL PADA BULAN RAMADHAN DI SURAU DARUN NAJIHIN

Bulan Ramadhan 1432H akan tiba tidak berapa lama lagi, Oleh yang demikian Pihak Surau Darun Najihin telahpun mengeluarkan borang tahlil kepada semua ahli khariah surau yang berminat untuk menyertai majlis tahlil ini yang akan diadakan pada sepanjang bulan Ramadhan akan datang.
Permohonan telah dibuka sekarang dan semua permohonan bolehlah dikembalikan kepada AJK Surau Darun Najihin, Tmn Andalas Permai, Klang.

Borang Tahlil- Right klik dan boleh " save image as "

Segala sumbangan anda amatlah dihargai dan pihak jawatankuasa Surau Darun Najihin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan mudah-mudahan anda semua diberkati dan mendapat rahmat Allah s.w.t. Insyaallah..


" Hadis nabi Muhammad S.A.W : Apabila mati anak adam maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara,iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya."

NOTIS TENDER BAGI MEMBINA MENARA AZAN

Dimaklumkan kepada semua pengunjung blog ini bahawa notis tender bagi membina sebuah menara azan di Surau Darun Najihin, Taman Andalas Permai telahpun dikeluarkan dan tarikh tutup ialah pada 18 Julai 2011 . Semua Kontraktor yang berminat bolehlah berjumpa pegawai-pegawai surau seperti dibawah bagi urusan ini.

Friday, July 1, 2011

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1432H

Majlis ceramah sempena menyambut Israk Mikraj telah berlangsung di Surau darun Najihin , Tmn Si Andalas pada 29 Jun 2011 yang lalu. Majlis yang diadakan selepas solat magrib dipenuhi dengan ceramah oleh Ustaz Fauzi B. Md Rani iaitu Guru agama Sekolah Tmn Melawati Setapak.
Kedatangan para jemaah kemajlis ilmu ini juga amat memberangsangkan dan diharapkan semangat sebegini berterusan pada majlis-majlis ilmu dimasa hadapan.