Selamat Datang ke blog Surau Darun Najihin,Taman Sri Andalas

Sunday, February 12, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H (2012M)


Surau Darun Najihin telahpun mengadakan ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat surau ini pada 8 Februari 2012 selepas solat Maghrib. Ceramah ini telah diadakan di Surau dengan penceramahnya iaitu Ustaz Hj Nahrawi Hj Marzoki - Penyelia khas program Bina Insan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Kehadiran Ahli Khariah pada sambutan kali ini memberangsangkan.

Pada majlis ini juga selawat diadakan beramai-ramai sempena memperingati junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pihak surau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam program sambutan maulidurrasul ini. Selepas solat Isyak, jamuan makan disediakan kepada semua ahli jemaah yang hadir pada majlis ini.
selawat keatas junjungan besar  nabi muhammad s.a.w

Tuesday, January 3, 2012

MENARA AZAN

Projek Menara Azan Surau Darun Najihin, Tmn Sri Andalas telahpun siap sepenuhnya Disember lalu dengan kos sebanyak RM 40,500.00. Dengan siapnya menara azan ini diharap agar azan dapat berkumandang ke seluruh ahli khariah Taman Sri Andalas ini. Terima Kasih diucapkan kepada semua penderma kerana sudi mewakafkan sumbangan anda sehingga terdirinya menara azan ini.