Selamat Datang ke blog Surau Darun Najihin,Taman Sri Andalas

Friday, September 3, 2010

SALAM AIDILFITRI


Jawatankuasa Surau Darun Najihin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli kariah  mahupun pengunjung surau . Dengan rendah hati kami memohon kemaafan sekiranya terdapat salah silap pihak Jawatankuasa dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Maaf, Zahir & batin.

Kepada semua ahli kariah yang ingin pulang kekampung halaman,Jawatankuasa surau berdoa kepada ALLAH S.W.T agar anda semua selamat sampai kedestinasi dan kembali.

Makluman kepada semua yang ingin berfitrah bolehlah berbuat demikian kepada amil yang telah dilantik iaitu Tn. Hj. Rosli . Anda boleh berzakat fitrah di Surau Darun Najihin sebelum solat Isyak @ selepas solat terawikh. Bayaran zakat fitrah untuk tahun ini ialah sebanyak RM 7.00 seorang. Sekian Terima Kasih.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Hanya tinggal 7 hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak akan bersama kita. Pihak Surau Darun Najihin telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan ini seperti Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program Tadarus Al Quran ini telah disertai oleh ahli kariah surau yang terdiri dari kanak-kanak mahupun dewasa . Malam kemuncak program Tadarus ini ialah pada 5 September 2010 ini .Majlis Khatam Al-Quran akan akan diadakan selepas Solat Isyak.
Semua ahli kariah dijemput hadir memeriahkan majlis khatam Al-Quran ini.


" Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu-lah yang maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya ". (surah al-Alaq : ayat 1 hingga 5 ).

Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud : " kamu hendaklah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai Syafaat bagi ahli-ahlinya ". ( Hadith Riyawat Muslim ).