Hanya tinggal 7 hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak akan bersama kita. Pihak Surau Darun Najihin telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan ini seperti Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program Tadarus Al Quran ini telah disertai oleh ahli kariah surau yang terdiri dari kanak-kanak mahupun dewasa . Malam kemuncak program Tadarus ini ialah pada 5 September 2010 ini .Majlis Khatam Al-Quran akan akan diadakan selepas Solat Isyak.
Semua ahli kariah dijemput hadir memeriahkan majlis khatam Al-Quran ini.
" Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu-lah yang maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya ". (surah al-Alaq : ayat 1 hingga 5 ).
Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud : " kamu hendaklah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai Syafaat bagi ahli-ahlinya ". ( Hadith Riyawat Muslim ).
No comments:
Post a Comment