Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli khariah melakukan ibadah korban @ aqiqah.
Urusetia bagi pihak peserta akan membeli,menyembelih dan mengagihkan daging kepada penerima-penerima di kariah surau Darun Najihin dan rumah anak-anak yatim.
Satu bahagian korban / Aqiqah (Lembu) = RM380.00
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban dan Aqiqah ini bolehlah download borang penyertaan dibahagian "surat menyurat" dan serahkan borang bersama bayaran kepada mana-mana AJK surau.
Tarikh tutup permohonan ialah : 9 November 2010.
"Tidak ada satu amalan yang paling dicintai oleh Allah S.W.T daripada bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban......" - maksud Hadis Riwayat Tirmidzi,Ibnu Majah & Hakim.
"Barang siapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak menyembelih haiwan korban , janganlah dia mendekati masjidku ." Riwayat Ahmad dan Ibnu majah.
No comments:
Post a Comment