Selamat Datang ke blog Surau Darun Najihin,Taman Sri Andalas

Friday, December 10, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H PERINGKAT SURAU DARUN NAJIHIN TMN SRI ANDALAS, KLANG TELAH DIADAKAN PADA 9 DEC 2010   SELEPAS SOLAT MAGHRIB DI SURAU DARUN NAJIHIN  . SAMBUTAN KALI INI DIPENUHI DENGAN MAJLIS ILMU DENGAN PENCERAMAH JEMPUTAN IAITU YG BHG DR MOHD AFENDI MAT RANI  -PENSYARAH UiTM .

Pengerusi Surau menyampaikan ucapan alu-aluan

Ustaz menyampaikan ceramah Maal Hijrah

Antara jemaah yang hadir

Khusyuk mendengar ceramah.....

Sunday, December 5, 2010

TAHSINUL QIRAAT

Bengkel Tahsinul Qiraat untuk imam-imam dari Surau daerah Klang telahpun diadakan pada 1 December 2010. Bengkel ini telah diadakan di Pejabat Agama Islam Klang. Surau Darun Najihin telah menghantar seramai 5 orang imam untuk mengikuti bengkel tersebut.
Semoga dengan mengikuti bengkel ini para imam-imam surau lebih mantap pembacaan mereka dalam solat. 

Imam-imam yang menghadiri bengkel Tahsinul Qiraat dari Surau darun Najihin ialah ;-
  1. HJ. MOHAMED ROSLI B. ABDUL MANEN
  2. HJ. AZIZ B. MOHAMAD ZAMAN
  3. UST. ISMAIL BIN ISHAK
  4. EN. ABDUL RAHIM B. MOHD SANI
  5. HJ. SARBAINI BIN BASIR

Wednesday, November 17, 2010

PROGRAM IBADAH KORBAN BERJALAN LANCAR


Alhamdulillah..syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya program yang dirancang iaitu program ibadah korban pada 17hb November 2010 berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program yang dijalankan di perkarangan surau darun najihin ini telah disertai lebih dari 100 petugas yang terdiri dari muslimin dan muslimat daripada ahli-ahli khariah surau darun najihin .
Program bermula seawal 9.30 pagi dengan seisi pendaftaran dan pembahagian tugas-tugas kerja. Tugas tugas seperti melapah,memotong tulang,menimbang ,agihan daging, memasak dan sebagainya.
Dengan diiringi dengan takbir beramai-ramai maka sebanyak 4 ekor lembu telah disembelih. Proses melapah sehingga memasak kari daging dan sup tulang berjalan lancar dan tepat pukul 12.30 t/hari petugas -petugas telahpun menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan gotong royong bersama-sama ahli khariah surau.
Daging-daging korban juga telahpun diagihkan kesemua ahli-ahli khariah yang layak dan para petugas .
Semoga program ibadah korban ini diteruskan pada tahun-tahun hadapan.insyaallah....

Sekitar gambar-gambar program korban di Surau Darun Najihin Tmn Sri Andalas Klang.

Team memasak.....mmmphh...memang sodapp....kari daging...

Daging-daging korban yang ditimbang dan akan dibungkus

tekong mengira jumlah daging yang siap dibungkus...

Muslimat juga tidak ketinggalan menolong memotong daging.

seisi pendaftaran dan pembahagian tugas-tugas
Antara lembu yang akan dikorbankan






Kerja-kerja melapah sedang dilakukan



LAGI GAMBAR-GAMBAR PROGRAM KORBAN DI RUANGAN GALERI.....

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA


Jawatankuasa Surau Darun Najihin, Tmn Sri Andalas mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t khususnya kepada semua ahli khariah surau.
Untuk makluman semua ahli khariah ;
Solat sunat Aidil Adha  pada pukul 8.15 pg.
Program sembelihan korban : 9.30pg.

Kepada semua ahli khariah yang berkelapangan bolehlah menyertai program korban ini diperkarangan surau.

Friday, October 29, 2010

PROGRAM IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1431H

Surau Darun Najihin akan menganjurkan Program Ibadah Korban dan Aqiqah 1431H / 2010 M pada hari raya Aidil Adha bersamaan 17 November 2010.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli khariah melakukan  ibadah korban @ aqiqah.
Urusetia bagi pihak peserta akan membeli,menyembelih dan mengagihkan daging kepada penerima-penerima di kariah surau Darun Najihin dan rumah anak-anak yatim.

Satu bahagian korban / Aqiqah (Lembu)  = RM380.00

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban dan Aqiqah ini bolehlah download borang penyertaan dibahagian "surat menyurat" dan serahkan borang bersama bayaran kepada mana-mana AJK surau.
Tarikh tutup permohonan ialah : 9 November 2010.

"Tidak ada satu amalan yang paling dicintai oleh Allah S.W.T daripada bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban......"   - maksud Hadis Riwayat Tirmidzi,Ibnu Majah & Hakim.

"Barang siapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak menyembelih haiwan korban , janganlah dia mendekati masjidku ." Riwayat Ahmad dan Ibnu majah.

"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." - Maksud Hadis.

Friday, September 3, 2010

SALAM AIDILFITRI


Jawatankuasa Surau Darun Najihin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli kariah  mahupun pengunjung surau . Dengan rendah hati kami memohon kemaafan sekiranya terdapat salah silap pihak Jawatankuasa dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Maaf, Zahir & batin.

Kepada semua ahli kariah yang ingin pulang kekampung halaman,Jawatankuasa surau berdoa kepada ALLAH S.W.T agar anda semua selamat sampai kedestinasi dan kembali.

Makluman kepada semua yang ingin berfitrah bolehlah berbuat demikian kepada amil yang telah dilantik iaitu Tn. Hj. Rosli . Anda boleh berzakat fitrah di Surau Darun Najihin sebelum solat Isyak @ selepas solat terawikh. Bayaran zakat fitrah untuk tahun ini ialah sebanyak RM 7.00 seorang. Sekian Terima Kasih.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Hanya tinggal 7 hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak akan bersama kita. Pihak Surau Darun Najihin telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan ini seperti Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program Tadarus Al Quran ini telah disertai oleh ahli kariah surau yang terdiri dari kanak-kanak mahupun dewasa . Malam kemuncak program Tadarus ini ialah pada 5 September 2010 ini .Majlis Khatam Al-Quran akan akan diadakan selepas Solat Isyak.
Semua ahli kariah dijemput hadir memeriahkan majlis khatam Al-Quran ini.


" Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu-lah yang maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya ". (surah al-Alaq : ayat 1 hingga 5 ).

Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud : " kamu hendaklah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai Syafaat bagi ahli-ahlinya ". ( Hadith Riyawat Muslim ).

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Jawatankuasa Surau Darun Najihin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung dan ahli kariah surau.Sama-samalah kita menunaikan puasa dibulan Ramadhan ini dengan ketaqwaan kepadanya. Pihak jawatankuasa surau telah merangka pelbagai program dan aktiviti sepanjang bulan yang mulia ini.

Program yang akan diadakan :


1) Solat terawih /witir akan diadakan pada setiap malam .
2) Program tadarus Al-quran akan diadakan selepas solat sunat witir.
3) Tahlil akan diadakan selepas solat Isyak pada setiap malam.
4) Tazkirah Ramadhan akan diadakan seperti dalam jadual (rujuk jadual pengajian)
5) Majlis berbuka puasa seperti pada hari yang ditetapkan.
6) More akan diadakan pada setiap malam oleh ahli kariah surau.
7) Majlis Khatam Al-Quran